sila download di sini mengenai Kesatuan Soviet

date Thursday 10 October 2013


Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Matematik 

Perkembangan daya intelek seseorang individu adalah penting dan disarankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Salah satu daripada kurikulum sekolah adalah untuk "mengembang dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.".  Untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan adalah penting sistem pendidikan kita menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketerampilan, tetapi juga yang boleh berefikir secara kritis dan kreatif serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak.
     Kemahiran berfikir dalam Matematik bukanlah satu yang baru kerana ia sudah lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.  Tetapi kesedaran tentang kemahiran berfikir sebelum ini tidak diberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar.  Tumpuan hanya pada penghafalan dan ingatan kembali. Walaupun ini penting, tumpuan pada perkembangan "proses" iaitu perkembangan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif  yang diperlukan untuk memahami dan menyelesaikan masala-masalah dalam Matematik.  Para penyelidik telah menunjukkan bahawa perkembangan kemahiran berfikir boleh meningkatkan prestasi pelajar dalam Matematik.

Senarai KBKK Dalam Matematik

1.   Menyatakan matlamat masalah.
2.   Menterjemah
3.   membuat anggaran
4.   Menyusun atur
5.   Membuat gambarajah
6.   Memproses secara mental
7.   Mentafsir
8.   Mengelas
9.   Mengecam perhubungan
10. Menggunakan analogi
11. Mengecam pola
12. Membuat inferens
13. Membanding dan membeza
14. Mencari semua penyelesaian yang mungkin
15. Bekerja ke belakang
16. Mengecam falasi
17. Cubajaya

date Sunday 29 September 2013

KEMAHIRAN MENDENGAR

   Tujuan kita mendengar adalah untuk mendapatkan maklumat sama ada yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun untuk pengetahuan. Selain itu, mendengar juga bertujuan untuk menikmati keindahan muzik dan bahasa. Dengan menghayati secara jelas sesuatu yang didengari itu, pelajar akan menjadi lebih tenang dan fikiran menjadi lebih lapang. Disamping itu juga bertujuan untuk mengetahui isu semasa sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. tujuan mendengar yang paling utama dalam kalangan pelajar adalah untuk mendengar pengajaran atau sesi kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

Kemahiran mendengar terbahagi kepada beberapa komponen iaitu:

  • Mendengar secara pasif-> cara pendengaran secara pasif adalah paling lemah kerana pelajar tidak memberikan tumpuan. Hal ini mungkin disebabkan perkara tersebut tidak penting, sesi pembelajaran terlalu membosankan ataupun terlalu susah.
  • Mendengar tanpa tindak balas-> Pelajar tersebut mendengar tanpa memberikan sebarang respon sama ada sedih, marah, simpati ataupun banyak lagi.
  • Mendengar secara terburu-buru-> Pelajar yang mendengar secara terburu-buru hanya mengambil maklumat yang penting sahaja. cara mendengar secara terburu-buru ini sering dilakukan di dalam kelas bahasa kerana mereka berpendapat minda mereka sudah cukup mahir dalam bidang bahasa.
  • Mendengar dengan beremosi. Pendengar seperti ini mudah teransang emosinya terhadap sesuatu yang didengar .
  • Mendengar secara kritikal-> Pelajar yang mendengar secara kritikal ini kebiasaanya sudah faham sesuatu tajuk.Mereka akan mendengar dengan teliti dan dapat menentukan kesahihan sesuatu maklumat tersebut.
  • Mendengar dengan pengamatan-> Pelajar yang mendengar dengan pengamatan sering mengaitkan isi yang didengar dengan pengalaman mereka.
  • Mendengar secara kreatif-> Pelajar yang mendengar secara kreatif sanagta bagus kerana mereka dapat faham dengan benar isi pembelajaran dan mampu memberi kritikan ataupun pandangan terhadap isi pembelajaran tersebut.
  • Mendengar secara intensif-> Mendengar secara intensif kebiasaannya dilakukan dalam bentuk latihan yang berpusatkan kefahaman makna ataupun bahasa.
  • Mendengar secara aktif-> Kemahiran mendengar secara aktif amat dituntut dalam kalangan pelajar kerana dapat memberikan kesan pendengaran yang maksimum kepada seseorang individu.

date

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran belajar merupakan kemahiran yang sangat penting di dalam proses pembelajaran. Kemahiran belajar terbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum membaca, semasa membaca dan selepas membaca. Pelajar perlu mengenalpasti tujuan sebenar mereka membaca sebelum mereka memulakan pembacaan. Cara pembacaan yang betul akan memberikan kesan pembacaan yang maksimum kepada seseorang individu. Cara pembacaan yang betul adalah seperti berikut:


  • Membaca dengan berhati-hati--> Pelajar perlu mebaca dengan berhati-hati dan faham dengan mendalam setiap isi pembelajaran. Namun, untuk meningkatkan daya tumpuan, pelajar dielakkan untuk mendengar radio atau menonton televisyen semasa membaca.
  • Membaca secara berperingkat--> Pelajar boleh membaca secara berperingkat agar isi pembelajaran dapat difahami dengan lebih mendalam. Pada peringkat pertama pelajar boleh membaca secara pantas. Seterusnya, pelajar haruslah membaca satu persatu isi kandungan di dalam petikan tersebut.
  • Membaca secara menyuluruh--> Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan sehingga ke akhir ayat.
  • Membaca dalam keadaan yang selesa--> Pelajar harus memastikan mereka belajar dalam keadaan yang selesa. Pencahayaan yang cukup dan terang agar dapat meningkatkan konsentrasi. selain itu, bau yang busuk juga boleh menganggu tumpuan. Oleh itu, pelajar harus memastikan bilik mereka bersih dan segar. Suhu juga turut mempengaruhi ransangan minda seseorang. Bilik yang tidak terlalu sejuak dan terlalu panas dapat memberikan keselesaan kepada pelajar ketika membaca.

date

KEMAHIRAN MENCARI MAKLUMAT

        Sebagai seorang pelajar, terutamanya pelajar Insitut Pendidikan Guru, kita sering mencari maklumat. tujuan seseorang mencari maklumat adalah untuk menambahkan pengetahuan, mencari nota tambahan, dan membuat tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Untuk mencari maklumat dengan lebih berkesan, kita perlu mengenalpasti tujuan sebenar kita mencari maklumat.Untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar sahih, terdapat beberapa jenis sumber yang boleh dijadikan medium mencari maklumat iaitu:

  • Sumber manusia
     Sumber manusia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
  1. Ahli politik
  2. Orang yang terlibat
  3. Penguatkuasa
  4. Orang awam
  • Sumber bercetak
    Sumber bercetak merupakan bahan rujukan yang digunakan sejak dari dahulu lagi. Bahan bercetak terbahagi kepada 3 iaitu:
  1. Bahan bercetak yang berbentuk hiburan seperti majalah
  2. Bahan bercetak yang berbentuk maklumat dan isu semasa seperti surat khabar.
  3. Bahan bercetak yang berbentuk pendidikan seperti buku teks.
  • Media elektronik
    Media elektronik merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat tanpa menggunakan         kos yang banyak. Media elektronik terbahagi kepada dua iaitu:
  1. Audiovisual- Audiovisual merupakan bahan atau sumber yang boleh dijadikan rujukan kerana lebih lengkap dan banyak membantu seseorang yang mempunyai masalah penglihatan ataupun pendengaran.
  2. Komputer- Kemudahan mencari maklumat dengan menggunakan komputer memudahkan semua pihak untuk mencari maklumat dengan cepat dan menjimatkan masa.

date Saturday 28 September 2013


date

KEMAHIRAN BELAJAR
     
    Kemahiran belajar merupakan tunjang asas kepada kejayaan.Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran belajar kita perlu mengetahui maksud kemahiran dan belajar yang sebenar.Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke-3) kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan atau kepandaian seseorang individu tersebut.Manakala, belajar pula didefinisikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.Hal ini kerana terdapat terdapat proses ransangan yang berlaku terhadap organ deria dan sekaligus menghubungkan dengan neuron otak agar maklumat dapat ditafsir.
     
    Dengan kata lain,belajar adalah satu proses yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan.Namun, dalam keadaan sedar ataupun tidak,belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai sahaja namun golongan yang kurang bijak juga mengalami proses pembelajaran sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal.Ramai masyarakat beranggapan proses pembelajaran hanya berlaku di dalam kelas serta mengambil nota dan membuat ulangkaji untuk menduduki peperiksaan tetapi hakikatnya proses pembelajaran dan menganalis maklumat juga turut berlaku di luar bilik darjah. Hal ini kerana, saraf otak manusia sentiasa aktif setiap kali berlaku ransangan pada deria dan sekaligus proses pembelajaran secara formal ataupun tidak formal akan berlaku.
     
    Manakala , definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.Terdapat pelbagai kajian dan pandangan terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan.Menurut Abdul Razak habib, kemahiran belajar merujuk kepada gaya yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.Menurut Selmes pula, kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampai ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajaran untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat supaya menuju kearah pembelajaran seumur hidup.
     
    Dalam proses belajar, kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling penting dan tidak seharusnya dipandang remeh oleh pelajar.Kemahiran membaca yang betul akan meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan.Antara teknik membaca yang betul adalah:
·        -Membaca secara berhati-hati.
·        -Membaca secara keseluruhan.
·        -Membaca secara berulang-ulang.
·        -Membaca dalam suasana yang selesa .
·        -Berada dalam keadaan yang selesa.
·        -Membaca secara berperingkat.
     
     Penggunaan ICT dalam pendidikan juga banyak membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran.ICT dalam pendidikan ialah informasi komunikasi teknologi yang digunakan dalam pendidikan agar negara kita setaraf dengan sistem pembelajaran di negara luar yang jauh lebih maju daripada negara kita.Antara kelebihan utama penggunaan alat ICT dalam pendidikan ialah gambaran dan penggunaan slaid powerpoint yang menarik boleh membantu meningkatkan memori pelajar dalam menguasai sesuatu pelajaran.Dengan menggunakan gambar ataupun gambar rajah, minda pelajar akan lebih mudah diransang berbanding menghuraikan sesuatu maklumat dalam bentuk karangan yang panjang seperti di dalam buku teks.Selain itu jga, guru dapat menjelaskan dengan lebih kompleks untuk pemahaman pelajar.Pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pengajaran lebih menarik yang boleh meningkatkan kemahiran pelajar serta konsentrasi.
     
     Di samping itu, kemahiran mencari maklumat juga penting agar maklumat yang diperoleh sahih dan dapat membantu di dalam proses pembelajaran.Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat, kita harus bijak mencari jalan bagi mendapat maklumat yang tepat dan menggunakannya dengan berkesan.Di dalam pencarian maklumat,ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui agar dapat melengkapkan diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.Antaranya ialah, mengetahui sebab utama kita mencari maklumat dan mengenalpasti matlamat utama dalam pencarian matlumat.Sesetengah individu mencari maklumat atas tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain.Bertitik tolak daripada perkara tersebut, kita dapat lihat bahawa setiap individu mencarimaklumat dengan cara yang berbeza sama ada mereka mencari maklumat sekadar di permukaan sahaja ataupun mencari secara mendalam.
    
     Selain daripada itu juga, kaedah membuat nota yang betul juga penting agar nota yang dihasiulkan dapat membantu pelajar tersebut dalam proses pembelajaran.Semasa membuat nota, individu akan menggunakan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menapis isi-isi penting dan dapat menghasilkan nota yang lengkap tetapi ringkas.Dengan menggunakan kaedah membuat nota, ianya dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari.Seperti yang diketahui, nota merupakan rekod kekal setiap individu yang boleh dibaca dan dijadikan sebagai rujukan pada bila-bila masa terutamanya sebelum menghadapi peperiksaan.Membuat nota daripada buku teks ataupun buku rujukan ada banyak kelebihannya.Misalnya dapat membantu pelajar memahami pelajaran dan meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.Ciri-ciri nota yang baik ialah:
·        - Terdiri daripada isi-isi penting.
·        - Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
·        - Nota ditulis di dalam bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang.
·        - Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda .
                                      
                                   
                                               


       Di dalam proses pembelajaran, kita banyak menggunakan sumber internet dalam mencari maklumat.Namun terdapat beberapa tatacara penggunaan internet yang kita perlu patuhi agar tidak melanggar norma-norma mengakses laman web.Tatacara penggunaan internet yang pertama adalah dari segi hak akses pengguna.hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah hak milik kerajaan.seterusnya ialah privasi pengguna.Setiap pengguna haruslah menghormati privasi pengguna lain seperti memecah kata laluan tanpa kebenaran.Selain itu,kita harus mengenalpasti identiti pengguna sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi melalui internet.Dalam mencari maklumat, kita harus bijak memilih laman yang sesuai dan berkaitan dengan maklumat yang ingin kita cari.sebelum menerima maklumat tersebut secara bulat-bulat, bahan tersebut perlulah ditentukan ketepatan dan kesasihannya terlebih dahulu.

    Kesimpulannya, banyak kemahiran yang boleh dikuasai agar dapat membantu dalam penguasaan pembelajaran.Kesungguhan seseorang di dalam menuntut ilmu pasti akan membuahkan hasil tidak kira sama ada cepat atau pun lambat.Dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan akademik, pakar yang membuat kajian dalam kemahiran belajar menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.

date Tuesday 10 September 2013