KEMAHIRAN MENCARI MAKLUMAT
Sebagai seorang pelajar, terutamanya pelajar Insitut Pendidikan Guru, kita sering mencari maklumat. tujuan seseorang mencari maklumat adalah untuk menambahkan pengetahuan, mencari nota tambahan, dan membuat tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Untuk mencari maklumat dengan lebih berkesan, kita perlu mengenalpasti tujuan sebenar kita mencari maklumat.Untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar sahih, terdapat beberapa jenis sumber yang boleh dijadikan medium mencari maklumat iaitu:
- Sumber manusia
Sumber manusia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
- Ahli politik
- Orang yang terlibat
- Penguatkuasa
- Orang awam
- Sumber bercetak
Sumber bercetak merupakan bahan rujukan yang digunakan sejak dari dahulu lagi. Bahan bercetak terbahagi kepada 3 iaitu:
- Bahan bercetak yang berbentuk hiburan seperti majalah
- Bahan bercetak yang berbentuk maklumat dan isu semasa seperti surat khabar.
- Bahan bercetak yang berbentuk pendidikan seperti buku teks.
- Media elektronik
Media elektronik merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat tanpa menggunakan kos yang banyak. Media elektronik terbahagi kepada dua iaitu:
- Audiovisual- Audiovisual merupakan bahan atau sumber yang boleh dijadikan rujukan kerana lebih lengkap dan banyak membantu seseorang yang mempunyai masalah penglihatan ataupun pendengaran.
- Komputer- Kemudahan mencari maklumat dengan menggunakan komputer memudahkan semua pihak untuk mencari maklumat dengan cepat dan menjimatkan masa.