KEMAHIRAN MENDENGAR
Tujuan kita mendengar adalah untuk mendapatkan maklumat sama ada yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun untuk pengetahuan. Selain itu, mendengar juga bertujuan untuk menikmati keindahan muzik dan bahasa. Dengan menghayati secara jelas sesuatu yang didengari itu, pelajar akan menjadi lebih tenang dan fikiran menjadi lebih lapang. Disamping itu juga bertujuan untuk mengetahui isu semasa sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. tujuan mendengar yang paling utama dalam kalangan pelajar adalah untuk mendengar pengajaran atau sesi kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.
Kemahiran mendengar terbahagi kepada beberapa komponen iaitu:
- Mendengar secara pasif-> cara pendengaran secara pasif adalah paling lemah kerana pelajar tidak memberikan tumpuan. Hal ini mungkin disebabkan perkara tersebut tidak penting, sesi pembelajaran terlalu membosankan ataupun terlalu susah.
- Mendengar tanpa tindak balas-> Pelajar tersebut mendengar tanpa memberikan sebarang respon sama ada sedih, marah, simpati ataupun banyak lagi.
- Mendengar secara terburu-buru-> Pelajar yang mendengar secara terburu-buru hanya mengambil maklumat yang penting sahaja. cara mendengar secara terburu-buru ini sering dilakukan di dalam kelas bahasa kerana mereka berpendapat minda mereka sudah cukup mahir dalam bidang bahasa.
- Mendengar dengan beremosi. Pendengar seperti ini mudah teransang emosinya terhadap sesuatu yang didengar .
- Mendengar secara kritikal-> Pelajar yang mendengar secara kritikal ini kebiasaanya sudah faham sesuatu tajuk.Mereka akan mendengar dengan teliti dan dapat menentukan kesahihan sesuatu maklumat tersebut.
- Mendengar dengan pengamatan-> Pelajar yang mendengar dengan pengamatan sering mengaitkan isi yang didengar dengan pengalaman mereka.
- Mendengar secara kreatif-> Pelajar yang mendengar secara kreatif sanagta bagus kerana mereka dapat faham dengan benar isi pembelajaran dan mampu memberi kritikan ataupun pandangan terhadap isi pembelajaran tersebut.
- Mendengar secara intensif-> Mendengar secara intensif kebiasaannya dilakukan dalam bentuk latihan yang berpusatkan kefahaman makna ataupun bahasa.
- Mendengar secara aktif-> Kemahiran mendengar secara aktif amat dituntut dalam kalangan pelajar kerana dapat memberikan kesan pendengaran yang maksimum kepada seseorang individu.